ARTIKEL

Hari Kesedaran Keselamatan Siber SMA didik masyarakat agar lebih berwaspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hari Kesedaran Keselamatan Siber Sarawak Multimedia Authority (SMA) merupakan platform yang baik untuk mendidik masyarakat mengenai keselamatan siber.

SMA menerusi satu kenyataan berkata, acara tersebut bakal meningkatkan kesedaran kepada orang ramai agar lebih berwaspada apabila berada di alam siber.

“Program ini bagi memperkasakan individu dengan pengetahuan serta kelengkapan yang diperlukan untuk menggunakan platform atas talian secara selamat.

“Ia termasuk melindungi maklumat peribadi, memastikan keterjaminan aktiviti dalam talian dan memupuk budaya keselamatan siber sepanjang menggunakan platform seumpamanya,” katanya, semalam.

Program yang diadakan pada 9 Disember nanti bakal menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk acara mesra keluarga iaitu Berjalan Kaki Bersama Keluarga 1.5 kilometer dan Larian 5km.

Bermula dari jam 6 pagi sehingga 11 pagi, orang ramai yang hadir juga boleh melawat pameran keselamatan siber oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), SAINS dan lain-lain.

Orang ramai yang ingin menyertai SMA Cyber Security Awareness Run boleh mendaftar di www.gritevent.com/csar2023 dengan yuran penyertaan sebanyak RM10 setiap penyertaan.

Para peserta bakal dilengkapi dengan medal penyertaan dan baju t-shirt, selain layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama iaitu dron.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim