KABONG: Festival Layang-layang Antarabangsa Kabong 2019 yang berlangsung di Pantang Tanjung Kembang menyingkap tirainya hari ini.
Pada hari pertama menyaksikan lebih 50 layang-layang pelbagai bentuk, saiz dan corak memenuhi ruang udara Pantai Tanjung Kembang.
Penggemar permainan layang-layang dari beberapa negara antaranya China, Ukrain, Bulgaria, Amerika Syarikat serta banyak lagi sudah berkampung sejak semalam.
Rata-rata mereka yang ditemui menyifatkan Pantai Tanjung Kembang sebagai lokasi ideal yang cukup menarik.