Hari Sarawak: Penghormatan buat Miri

MIRI: Hari Sarawak tetap diraikan dengan penuh makna meskipun perlu mengikut SOP.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii berkata, sambutan Hari Sarawak 2020 di Miri diadakan dengan beberapa kekangan, mengikut keadaan ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Persiapan untuk semua acara berjalan lancar dan dilakukan secara sederhana namun penuh makna,” katanya.

Selain itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana memilih bandar raya Miri sebagai tuan rumah.

“Ini merupakan satu penghormatan besar bagi Miri apabila diberikan peluang untuk menganjurkan sambutan penting ini,” jelas Adam.

Dalam pada itu, beliau juga mengimbau kembali, tarikh 22 Julai yang diwartakan sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak oleh Allahyarham mantan Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem.

“Sejak 2016, tarikh 22 Julai disambut sebagai cuti. “Ini ialah tarikh hari Sarawak mencapai kemerdekaan secara ‘de facto’ apabila kita mewujudkan pemerintahan sendiri pada tahun 1963,” ujarnya.

Suara Sarawak