ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Hari sedih buat rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi dirasai barisan pemimpin Bumi Kenyalang yang turut berduka atas perkhabaran menyedihkan itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dalam hantaran di laman Facebook rasminya berkata Sarawak telah kehilangan seorang lagi figura hebat dalam arena politik.
“Tun Abdul Taib adalah rakan politik mendiang bapa saya, Ketua Kabinet, rakan keluarga dan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak.

Kredit: BERNAMA

“(Selama) 33 tahun Tun memegang jawatan Ketua Menteri bukan sahaja membawa kepada kestabilan politik (selain Ming Court 1987, permulaan perkongsian politik yang sangat dipercayai dengan mendiang bapa saya) malah keharmonian sosial dan agama di Sarawak,” menurut hantaran itu hari ini.

Dr Sim berkata Abdul Taib juga merupakan sosok penting yang bertanggungjawab memindahkan Perkhidmatan Jantung dari Hospital Umum Sarawak ke Kota Samarahan yang kini dikenali sebagai Pusat Jantung Sarawak pada 2001.

Kredit: BERNAMA

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam kenyataannya menganggap Abdul Taib sebagai negarawan serta pemimpin ulung Malaysia berikutan jasanya kepada kemajuan di negeri itu.

Baca lain  Perkasa platform digital luar bandar

“(Allahyarham merupakan) Pemimpin yang telah meletak asas kukuh perpaduan dalam kepelbagaian di Sarawak, pembangunan fizikal dan insaniah serta memperkasakan wanita,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menerusi hantaran di laman media sosialnya berkata seluruh rakyat negeri itu bersedih dengan pemergian bapa pemodenan Sarawak itu.

“Hari yang sedih bagi rakyat Sarawak.

Semoga Allah mencucuri rahmatnya terhadap Tun dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Terlalu banyak jasa Tun kepada Sarawak.

Jasamu dikenang Tun,” katanya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi tadi.

Pengurusan jenazah Allahyarham akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu