ARTIKEL

Hari Terbuka PPDK Kuching, berkongsi aktiviti dan terapi OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari Terbuka bertemakan ‘sehari sehati’ di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sentuhan Kasih Kuching hari ini bertujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang aktiviti serta terapi khas terhadap anak-anak orang kelainan upaya (OKU).

Tinjauan Suara Sarawak ke lokasi mendapati pekarangan mulai dipenuhi oleh para pengunjung seawal jam 8.30 pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri suasana situasi aktiviti harian pelatih-pelatih bersama petugas pusat.

Pengerusi PPDK Sentuhan Kasih, Jamey Ngedat berkata objektif utama penganjuran hari terbuka PPDK Sentuhan Kasih Kuching kepada orang awam untuk mendedahkan mereka terhadap aktiviti-aktiviti serta prasarana yang terdapat di pusat tersebut.

RASMI…Jamey (tiga dari kanan) melakukan simbolik perasmian hari terbuka PPDK Sentuhan Kasih Kuching bersama para pengunjung.

Hari terbuka yang bermula seawal jam 8 pagi sehingga 2 petang itu katanya, diharap dapat memberi peluang khususnya kepada ibu bapa pelatih untuk melihat sendiri aktiviti dan suasana di PPDK Kuching.

“Kebiasaanya ibu bapa akan datang pada waktu menghantar anak dan tiba semasa waktu mengambil semula mereka tanpa mengetahui jelas apa aktiviti dan terapi yang kita buat.

“Dengan adanya hari terbuka sebegini, ibu bapa dapat memahami dengan lebih jelas dan mempelajari terapi berkaitan supaya boleh diamalkan di rumah,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut di pekarangan PPDK Sentuhan kasih Kuching, hari ini.

Setakat ini katanya, PPDK sentuhan kasih itu telah menempatkan seramai 86 pelatih terdiri daripada 55 orang pendedahan awal dan 31 orang kumpulan bermain.

Di samping mendedahkan suasana dan aktiviti PPDK kepada pengunjung, Jamey memberitahu tujuan hari terbuka adalah untuk mempamerkan produk-produk hasil buatan pelatih PPDK Kuching kepada orang awam.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu akan mendapatkan geran untuk mengambil lebih banyak petugas sekiranya ada keperluan berdasarkan senarai menunggu.

Tegasnya, peranan petugas amat penting dalam berkongsi maklumat kepada pengunjung serta merupakan individu yang mengetahui lanjut aktiviti-aktiviti yang diadakan di pusat.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit