ARTIKEL

Hari Ungu Sedunia tingkatkan kesedaran epilepsi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NAMANYA mungkin asing, sangat jarang didengari apatah lagi disambut dengan meriah.

Hari Ungu atau Purple Day ialah acara akar umbi sejagat yang dibentuk untuk meningkatkan kesedaran seluruh dunia tentang epilepsi atau sawan.

Hasrat gerakan tersebut adalah untuk mengurangkan stigma sosial yang biasa dialami penghidap epilepsi.

Ia memberi jaminan dan sokongan kepada penghidap epilepsi serta menggalakkan individu yang hidup dengan keadaan tersebut, mengambil tindakan dalam komuniti untuk mencapai matlamat tersebut.

Hari Ungu disambut pada 26 Mac setiap tahun bagi memperingati Hari Kesedaran Epilepsi atau sawan.

Itulah realitinya, kerana mungkin ia tidak terkenal seperti hari peringatan lain yang lebih popular seperti kanser dan sebagainya.

Justeru, ini menjadi sebab Hari Ungu asing didengari di Malaysia.

Kalau ada pun, pasti diadakan secara kecil sahaja.

Untuk rekod, Kanada merupakan satu-satunya negara yang mengiktiraf serta menyambut ulang tahun Hari Ungu Antarabangsa berdasarkan pelaksanaan akta Hari Ungu yang diperkenalkan sejak 28 Jun 2012.

Pun begitu, tidak timbul atau dibangkitkan persoalan kenapa negara lain tidak menyambutnya seperti Kanada.

Baca lain  Belanggar Mija

Perkara lebih utama tentang Hari Ungu ialah tercetusnya idea oleh Cassidy Megan pada 2008 yang memperjuangkan hidupnya sebagai penghidap epilepsi pada usia sembilan tahun.

Acara Hari Ungu yang pertama diadakan pada 26 Mac 2008, dan kini dikenali sebagai kempen Hari Ungu untuk epilepsi.

Persatuan Epilepsi Nova Scotia menyertai Cassidy dan membantu menyebarkan kesedaran tentang inisiatif Cassidy.

Pada 2009, Yayasan Anita Kaufmann dan Persatuan Epilepsi Nova Scotia yang berpangkalan di New York bekerjasama untuk melancarkan Hari Ungu di peringkat antarabangsa dan meningkatkan penglibatan organisasi, sekolah, perniagaan, ahli politik dan selebriti.

Matlamat utama adalah untuk mengajak orang ramai atau masyarakat setempat menyampaikan mesej atau memberikan maklumat yang tepat.

Selain itu, ia membantu kehidupan pesakit sawan agar lebih positif serta menangkis segala andaian atau tanggapan buruk atau mitos tentang penyakit tersebut.

Pada 2009, ulang tahun kedua Hari Ungu dilaporkan mendapat sambutan luar biasa melibatkan lebih 100,000 pelajar, pekerja dan ahli politik.

Sejak itu, jumlah penyertaan peserta dikatakan semakin meningkat dan 10 tahun kemudian, Hari Ungu turut dirai bersamaWorld Disney dan dibiayai oleh Yayasan Pusat Epilepsi, Florida, Amerika Syarikat.

Baca lain  GIGI SIPUT LAUT bahan terkuat di Bumi

SERBA UNGU

Hari Ungu turut disambut lebih 100 negara seperti India, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat.

Menariknya, setiap peserta memakai pakaian, topi, kasut, stoking dan sebagainya berwarna ungu. 

Ia amat menyeronokkan serta mempamerkan soladariti peserta memberi sokongan dan bantuan kepada pesakit epilepsi. 

Warga ungu juga warna bunga lavender yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai warna rasmi bagi epilepsi.

Gandaria ialah warna antarabangsa untuk epilepsi dan merupakan warna yang melambangkan kesendirian.

Hari Ungu disambut di Australia untuk membiayai pelbagai organisasi sokongan epilepsi termasuklah Epilepsi Australia, Epilepsi Queensland, dan Yayasan Epilepsi.

Semasa Hari Ungu 2018, Perikatan Penjagaan Epilepsi menggesa sektor teknologi untuk meneruskan inovasi untuk rawatan epilepsi.

Hari Ungu disambut di Walt Disney World di Orlando, Florida, untuk tahun ketiga berturut-turut pada 1 Mac 2020.

Selain ekspo, pelbagai program lain turut diadakan termasuk ceramah yang menyentuh tentang beberapa topik termasuk kebebasan sawan dan keluarga, masih sawan walaupun berubat, produk CBD, kluster sawan dan, ubat penyelamat serta pilihan terapi. 

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,