ARTIKEL

Hari Wanita Sarawak 2023 disambut 18 Mac depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari Wanita Sarawak 2023 akan dianjurkan pada 18 Mac depan bagi meraikan, menghargai serta mengiktiraf sumbangan kaum tersebut terhadap kemajuan negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanitak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, tema sambutan tahun ini adalah merangkul kesaksamaan atau #embraceEquity untuk menggalakkan masyarakat menerima kepelbagaian serta memupuk keharmonian.

“Sambutan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak Laut itu bakal berlangsung pada jam 8.30 pagi akan turut disiarkan secara langung melalui platform Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

“Ia turut bakal diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tetamu kehormat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Menurutnya, acara kemuncak majlis tersebut adalah penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh wanita termasuk Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita, Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas dan Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang.

 

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU