CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Harimau Malaya perlu sekat pecutan Vietnam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023

JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui corak permainan Vietnam tidak banyak berubah, selepas menyaksikan skuad bimbingan Hang-Seo itu membelasah Indonesia 4-0 dalam aksi Kumpulan G di Stadium Al Maktoum, Isnin lalu.

Jelasnya, corak permainan digunakan Vietnam ketika bertahan mahupun menyerang adalah taktikal biasa digunakan Hang-Seo, sekali gus mengakui pasukannya tidak boleh memberikan ruang yang banyak kepada pihak lawan.

“Kita tahu kekuatan Vietnam adalah dari segi kelajuan, berpasukan serta semangat juang tinggi, dan ia menyebabkan kita perlu berjaga-jaga dengan serangan balas mereka yang pantas.

“Kita juga kena bekerja keras ketika menyerang supaya tidak membuka ruang yang banyak,” jelasnya.

Cheng Hoe berkata, ketiadaan tonggak jentera serangan Vietnam Nguyen Quang Hai pada pertembungan itu akibat digantung perlawanan, boleh dianggap sebagai khabar gembira buat pasukan negara, namun percaya Hang-Seo pasti memiliki beberapa alternatif lain.

Bagaimanapun, beliau berkata sandaran untuk meraih kemenangan ke atas Vietnam perlu diletakkan sepenuhnya kepada barisan anak-anak buahnya, sambil berharap setiap pemain yang bakal mengisi kesebelasan utama pasukan dapat membalas kepercayaan diberikan, bagi meraih keputusan positif.

Baca lain  Sri Aman Gators sedia gegar Grand Final KSL 2023

“Memang setiap jurulatih ingin mencapai sesuatu apabila bertemu pasukan Vietnam yang dikatakan mempunyai pertahanan terbaik dalam kumpulan.

“Namun yang penting kalau kita ada keyakinan dan kepercayaan kepada setiap individu diturunkan, kita boleh dapat keputusan positif,” katanya.

Selepas enam perlawanan, Vietnam mendahului saingan Kumpulan G dengan mengumpul 14 mata, diikuti UAE kedua (12 mata), Thailand (sembilan mata), Malaysia (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan mengutip satu mata.- Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru