ARTIKEL

Harimau Malaya terkam Garuda !

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Skuad Harimau Malaya memulakan kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan langkah bergaya, menumbangkan musuh tradisi, Indonesia 3-2 dalam aksi di Stadium Bung Karno sebentar tadi yang dibanjiri lautan ‘merah putih’ (penyokong Indonesia).

Bintang Pahang yang juga pemain naturalisasi, Sumareh muncul wira Malaysia setelah menyumbat gol kemenangan pada minit ke-90.

Sebelum itu, Sumareh menyamakan kedudukan pada minit ke-37. Satu lagi gol Malaysia disumbangkan oleh Syafiq Ahmad.

Tuan rumah dua kali mendahului melalui pemain naturalisasi, Beto Goncalves pada minit ke-12 dan 39.

Namun ia langsung tidak mematahkan semangat Harimau Malaya yang beraksi cemerlang, terutama pada babak kedua.

Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia di gelanggang keramat skuad Garuda itu selepas kali terakhir pada 2004.

Dengan kemenangan ini, Malaysia menguasai Kumpulan B yang turut disertai gergasi Asia, UAE dan barisan kental Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam.

Malaysia akan menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil 10 September ini.

BERITA LAIN

Sarawak Peruntuk RM264 Juta untuk Sukan SEA 2027

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM264 juta bagi penganjuran Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 serta menaik taraf 11 kemudahan sukan utama menjelang temasya berkenaan. Premier

BERITA TERBARU