ARTIKEL

Harimau Malaya tunjukan permulaan positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PENGENDALI skuad bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon menyifatkan kejayaan skuad negara melakar keputusan seri 2-2 menentang pasukan 100 terbaik dunia, Syria pada aksi persahabatan merupakan satu permulaan positif, sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023.

Pan Gon berkata beliau amat berpuas hati dengan semangat juang dipamerkan barisan pemain Harimau Malaya menentang pasukan ranking ke-91 dunia itu pada perlawanan berlangsung secara tertutup di Stadium Grand Hamad di Doha, Qatar awal pagi semalam.

“Ia permulaan yang baik, kita dapat bersaing dengan pasukan di ranking 91 dunia.

Saya gembira dengan persembahan pemain, terutama pada separuh masa pertama.

“Pada babak masa kedua walaupun ketinggalan pada awalnya, pasukan kita dapat bangkit dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-2,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata anakanak buahnya layak diberikan pujian memandangkan skuad negara hanya menjalani latihan tanpa sebarang aksi kompetitif sejak sebulan lepas.

“Ini perlawanan pertama (sejak sebulan) dan saya rasa persembahan mereka cukup baik.

Bagi saya ia permulaan yang baik sebelum kempen bermula,” katanya.

Skuad negara yang menduduki ranking ke-130 dunia bermula garang apabila mendahului Syria 1-0 menerusi jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-39 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Syria yang diundi dalam Kumpulan B, bangkit mengatur serangan demi serangan sehingga berjaya meraih dua gol menerusi Pablo Sabbag pada minit ke-70 dan Ibrahim Hesar empat minit kemudian.

Skuad negara yang tidak berputus asa, terus mengatur serangan sebelum Pablo Josue berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari ini.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman