ARTIKEL

Truong My Lan (tengah) ketika di mahkamah. - Foto: AFP

Hartawan Vietnam dihukum mati dalam kes penipuan AS$12.5 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA HO CHI MINH, Vietnam: Sebuah mahkamah di Vietnam telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang taikun hartanah kerana peranannya dalam satu kes penipuan kewangan melibatkan jumlah AS$12.5 bilion, yang terbesar direkodkan di negara tersebut.

Pengerusi pemaju utam Van Thinh Phat, Truong My Lan, didapati bersalah menggelapkan wang, memberi sogokan dan melanggar peraturan bank pada akhir perbicaraan di sini semalam, menurut media kerajaan.

Wanita berusia 67 tahun itu secara tidak sah menguasai Bank Perdagangan Saham Bersama Saigon antara 2012 hingga 2022 untuk menyalurkan dana menerusi ribuan syarikat hantu dan menyogok pegawai kerajaan.

Nilai perolehan aset yang dilakukannya didakwa bersamaan dengan kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Vietnam pada 2022, dan pendakwa raya berkata mereka merampas lebih 1,000 hartanah milik tertuduh.

My Lan menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menyalahkan orang bawahannya.

Penangkapan My Lan pada Oktober 2022 merupakan antara yang paling berprofil tinggi dalam kempen antirasuah yang bermula pada 2016 dan semakin aktif sejak 2022.

Kempen yang dipanggil ‘Blazing Furnace’ itu telah menyentuh tokoh-tokoh tertinggi dalam politik Vietnam, dan dua presiden sereta dua perdana menteri telah meletak jawatan sejak beberapa tahun lalu manakala ratusan pegawai dikenakan tindakan disiplin atau dipenjara.

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA