Haruan makan anak: bapa rogol anak hingga melahirkan

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan sumbang mahram sehingga anak kandungnya berusia 18 tahun hamil.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, suspek, ditahan di sebuah rumah di Jalan Pujut 8, jam 12.40 tengah hari semalam susulan laporan di buat Pegawai Perubatan Hospital Miri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tersangka mula melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sejak empat tahun lalu.

Menurut Hakemal, mangsa telah melahirkan bayi lelaki yang sihat pada hari Selasa (16 Mac) pagi di Hospital Miri sekitar jam 6.48 pagi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

Suara Sarawak