ARTIKEL

Abang Johari menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan DUN Sarawak, hari ini. - Foto: Ghazali Bujang

Hasil kajian pelarasan gaji penjawat awam Sarawak diumum dalam tempoh terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan hasil kajian pelarasan gaji untuk penjawat awam Sarawak dalam tempoh terdekat.

Katanya, ia tertakluk kepada perincian pelarasan gaji yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dijangka diketahui hanya dalam bajet persekutuan hujung tahun ini.

“Buat masa ini, kita sedang menjalankan kajian terperinci mengenai pelarasan ini agar ia lebih kompetitif selaras dengan tugas dan tanggungjawab penjawat awam Sarawak serta kekuatan kewangan Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Terdahulu, Abang Johari berkata Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lepas tentang kenaikan gaji melebihi 13 peratus bagi penjawat awam Persekutuan mulai Disember tahun ini.

Susulan itu, beliau berkata Kerajaan GPS juga akan melaksanakan pelarasan gaji untuk penjawat awam Sarawak.

“Ini kerana Kerajaan GPS sangat menghargai komitmen dan pengorbanan seluruh penjawat awam Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU