ARTIKEL

Hasil sektor perkhidmatan naik 6.1 peratus kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion, disumbangkan oleh prestasi yang menggalakkan bagi semua segmen di bawah sektor perkhidmatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan ketara dicatatkan oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat RM23.3 bilion kepada RM451.6 bilion.

“Peningkatan ini diikuti oleh segmen maklumat dan komunikasi dan pengangkutan dan penyimpanan (+RM5.2 bilion; 6.7 peratus), segmen profesional, hartanah dan pentadbiran dan khidmat sokongan (+RM3.3 bilion; 9.5 peratus) dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan dan rekreasi dan perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti (+RM2.4 bilion; 12.7%),” katanya.

Bagi pendapatan e-dagang, Ketua Perangkawan itu berkata ia mencatatkan nilai sebanyak RM293.2 bilion iaitu bertumbuh 0.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2024.

Untuk perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang meningkat secara marginal sebanyak 0.5 peratus.

Beliau berkata jumlah pekerja dalam sektor ini adalah seramai 4.4 juta orang, meningkat 72,200 orang atau 1.7 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.0 bilion atau 3.3 peratus tahun ke tahun.

Dalam satu kenyataan berasingan, Mohd Uzir berkata indeks volum perkhidmatan tumbuh 4.5 peratus tahun ke tahun dengan mencatatkan 150.4 mata pada suku pertama 2024, manakala bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun pula, ia naik 1.3 peratus.

Beliau berkata prestasi indeks volum perkhidmatan bagi suku ini dipacu oleh kenaikan segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang tumbuh 4.0 peratus

“Ini diikuti dengan pertumbuhan dalam segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan (6.0 peratus); segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan (3.7 peratus), dan segmen perkhidmatan lain (6.8 peratus),” katanya.

Sementara itu, segmen perkhidmatan lain merekodkan pertumbuhan positif 6.8 peratus berikutan peningkatan dalam kesihatan swasta (9.3 peratus), pendidikan swasta (7.2 peratus) serta kesenian, hiburan dan rekreasi dan perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti (3.9 peratus), kata ketua perangkawan itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.