ARTIKEL

Hasil seni masyarakat Pelagus, Kapit berpotensi lonjakkan industri kraf tangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat di Pelagus dan Kapit berpotensi melonjakkan industri ini sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

Seperti di kawasan Kapit kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang, terdapat ramai yang berbakat yang mana ia adalah lokasi di mana Pua Kumbu terkenal berasal.

“Justeru, saya berharap Rang Undang-undang (RUU) Majlis Kraftangan Sarawak ini akan menjadi pemangkin dan talian hayat yang amat diperlukan kepada masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas dan menyokong RUU Majlis Kraftangan Sarawak 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah merangkap ADUN Asajaya, pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut menyeru  kerajaan menumpukan perhatian kepada saluran pemasaran digital dan dalam talian untuk mempromosikan produk ini.

“Kita harus berfikir bagaimana kita boleh membantu masyarakat yang berada di kawasan luar bandar yang menghadapi kesukaran mengakses internet,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan