ARTIKEL

Adam Yii merakam kenangan bersama-sama dengan wakil-wakil persatuan dan pertubuhan di Miri yang menerima geran MRP sumbangannya baru-baru ini

Hasil tuntut hak MA63

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pembangunan dan kemajuan penting dicapai Sarawak dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil tuntut hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

ADUN Pujut Adam Yii berkata, reformasi berkenaan merupakan langkah penting untuk rakyat Sarawak bagi meningkatkan autonomi di negeri ini.

“Walaupun menghadapi beberapa tentangan, Sarawak kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia, bersatu dalam menuntut hak dan sumber sewajarnya.

“Kemajuan terkini menunjukkan kepentingan usaha ini bukan sahaja untuk Sarawak tetapi untuk kepentingan keseluruhan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Penyerahan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Pujut di Pusat Khidmat Pujut di sini.

Pada majlis tersebut, Datuk Bandar Miri itu menyampaikan geran MRP Pujut berjumlah RM60,000 kepada 21 persatuan dan pertubuhan sebagai dana aktiviti masing-masing.

Menurutnya, penyaluran dana tersebut bertujuan membangunkan pertubuhan masyarakat tempatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa penerima menggunakan dana dengan bijak untuk kebaikan masyarakat.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU