ARTIKEL

Hasrat Sarawak jadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak komited menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam untuk menyediakan bukan sahaja produk dan perkhidmatan halal, tetapi juga penyelesaian untuk menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan keselamatan makanan.

Justeru, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak sedang membangunkan ekosistem untuk mengubah ekonomi Sarawak yang menawarkan pelaburan dan peluang perniagaan yang luas untuk dunia.

“Prospek ekonomi Islam global adalah baik. Permintaan untuk barangan dan perkhidmatan halal dijangka meningkat dengan perbelanjaan global diramalkan mencecah 2.8 trilion dolar A.S. menjelang tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) tadi, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin.

Abang Johari menyifatkan majoriti ekonomi Muslim mewakili landskap yang pelbagai merangkumi wilayah, budaya dan struktur. 

Katanya dalam spektrum itu, setiap ekonomi majoriti Muslim memberikan cabaran dan peluang unik dalam mencapai pertumbuhan ekonomi, keamanan dan kemakmuran. 

“Kerjasama, di dalam dan di luar ekonomi ini adalah penting untuk menangani cabaran bersama dan memanfaatkan peluang. 

“Inisiatif seperti pelaburan bersama, perkongsian teknologi dan pemindahan pengetahuan boleh menyumbang dengan ketara kepada kemajuan ekonomi ini,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kaji, semak tempoh kenaikan pangkat penjawat awam

MIRI: Kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula tempoh kenaikan pangkat penjawat awam yang dikatakan terlalu panjang atau lama. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan