ARTIKEL

Hasrat UTS menjadi universiti teknikal global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) sedang mempersiapkan diri untuk bergerak ke hadapan untuk menjadi universiti teknikal global.

Meletakkan aspirasi Kerajaan Sarawak sebagai visi UTS, Naib Canselor Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata institusi ini memberi tumpuan mewujudkan jejak globalnya dengan memanfaatkan kemajuan pesat dalam teknologi digital untuk menjangkau pasaran serantau dan antarabangsa.

“Oleh itu, adalah menjadi misi kami untuk menyediakan pendidikan teknikal global melalui kerjasama strategik dan perkongsian pintar, di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis konvokesyen ke-8 UTS yang disempurnakan oleh Premier yang juga Pro Canselor UTS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Tambahnya dengan sokongan dan bimbingan, baru-baru ini UTS telah membangunkan dan mendokumentasikan Pelan Strategik SUA 2024-2030.

Katanya hala tuju strategik UTS yang memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk tenaga kerja teknikal mahir berkualiti dan profesional yang mampu memacu pembangunan ekonomi Sarawak.

Setakat Ogos lalu  jelasnya, kadar kebolehpasaran graduan UTS adalah antara yang tertinggi di Malaysia, iaitu 97.53 peratus.

“Penganugerahan akademik di UTS bukan sahaja diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Malaysian Qualifications Agency (MQA), malah hampir semua program akademik di UTS telah diakreditasi serta diiktiraf oleh badan-badan profesional dari dalam dan luar negara.

“Oleh itu kita semua amat berbangga dengan pencapaian para graduan UTS kerana anda bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, tetapi pencapaian anda juga diiktiraf oleh badan-badan professional tempatan dan antarabangsa,” katanya. 

Khairuddin juga menyatakan bahawa menjelang 2030 Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh data dan inovasi di mana semua orang menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial, dan persekitaran yang mampan.

Justeru jelasnya tumpuan kepada pendidikan mampan dan inklusif kekal menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak dengan menyediakan akses percuma kepada pendidikan tinggi dan UTS komited untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa UTS akan mempromosikan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD), yang merupakan bahagian penting dalam Strategi Alam Sekitar, Masyarakat dan Tadbir Urus (ESG) untuk komitmen jangka panjang ke arah masyarakat mampan dan alam sekitar.

“Sifat transformasi pendidikan berdasarkan ESD boleh membimbing nilai dan tingkah laku manusia, mendorong mereka untuk menerima gaya hidup yang lebih mampan, dan melindungi hak dan kesejahteraan generasi akan datang.

“UTS melaksanakan tanggungjawab ini untuk memperkasakan masyarakat melalui pendidikan inklusif supaya mereka memahami kepentingan keamanan dan kemakmuran untuk manusia dan planet ini, kini dan akan datang,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, seramai 297 graduan menerima skrol mereka yang mana tiga graduan menerima ijazah PhD, 26 graduan (ijazah Sarjana) manakala 268 lagi akan mendapat ijazah Sarjana Muda.

Hadir sama,Pengerusi Lembaga Pengelola universiti itu Datuk Dr Annuar Rapaee dan lain-lain.

Graduan UTS yang menerima skrol mereka pada Majlis konvokesyen ke-8 UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah