ARTIKEL

Hati ditinggal-tinggalkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DI DALAM diri manusia, ada seketul darah yang mampu menguasai keseluruhan manusia itu.

Kalau ia baik, secara keseluruhan manusia itu akan jadi baik.

Jika darah itu jahat, maka keseluruhan manusia itu akan jadi jahat.

Darah ini adalah hati.

Hati, organ berwarna perang kemerah-merahan di dalam tubuh yang mengeluarkan hempedu dan membersihkan darah.

Hati mampu mempengaruhi fikiran yang waras, apatah lagi hati yang tidak waras dan tenteram.

Jadi, hati mesti dipastikan kekal merah dan sihat. Mesti dibawa ke manamana sahaja kita pergi.

Jangan ditinggakan walau di mana-mana sekalipun! Yang susah kelak, kita sendiri.

Jangan jadi orang yang suka meninggalkan hati.

Dia lihat orang lain tinggalkan hati, dia pun tinggalkan hati dia — dicampakkan ke tepi, dibiarkan berhujan, berpanas dan berdebu sampai berkarat.

Diakui, mula-mula akan rasa seronok.

Semuanya jadi biasa, tetapi lama-kelamaan dia akan rasa hidup ini kosong dan sepi.

Kelam hidupnya sebab hati ditinggal-tinggalkan.

Maka mula dia mencari… mencari dan terus mencari. Kemudia dia jumpa hatinya.

Dia lihat hatinya sudah hitam legam, lalu diambil, kemudian dicuci dan dibersihkan.

Ini sebenarnya dialog dalam satu episod drama I Love You, Stupid! yang pernah ditayangkan di televisyen tahun lepas. Hati ditinggal-tinggalkan meninggalkan persoalan.

“Apa maksudnya? Watak Firman menerangkan dalam drama ini: Dalam hati kita ini ada satu kalimah tauhid iaitu Laila Haillallah.

Satu fitrah yang diciptkan Allah SWT kepada menusia. Jadi jagalah fitrah kita ini, cintai Allah, jangan tinggalkan Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Baca lain  Kahwin campur jalin perpaduan di Sarawak

Kalau Allah tinggalkan kita, apa lagi yang kita ada?”

Madrasah hati Jadi, hati harus dicuci dan dibersihkan, dan Ramadan ini boleh diibaratkan sebagai madrasah hati.

Belum terlambat lagi untuk mencuci hati walaupun hari ini sudah lapan hari kita berpuasa.

Ini antara yang selalu diperkatakan oleh banyak orang berkaitan Ramadan.

Malah sebelum tibanya Ramadan, ada banyak ceramah dianjurkan tentang Ramadan, serta cabaran mendidik hati untuk menjadi lebih baik lagi.

Sesuai untuk memperoleh keberkatan Ramadan.

Ada beberapa alasan Ramadan dikatakan bulan ideal untuk membersihkan hati.

Pertama, puasa Ramadan sebagai latihan kesabaran.

Sepanjang Ramadan, umat Islam berpuasa dari fajar hingga ke maghrib. Ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi juga latihan kesabaran dan pengendalian diri.

Dengan belajar mengendalikan nafsu serta emosi selama berpuasa, seseorang akan dapat membersihkan hatinya daripada hal-hal negatif seperti marah, iri hati, dan kebencian. Kedua meningkatkan kualiti ibadah.

Diketahui, sepanjang Ramadan kita cenderung untuk melakukan lebih banyak ibadah dan lebih khusyuk. Antaranya solat tarawih, membaca al-Quran, dan berzikir.

Melalui amalan ini, hati seseorang dapat dibersihkan daripada dosa-dosa.

Seterusnya dapat memperbaiki hubungan dengan Allah.

Ketiga, Ramadan juga mengajar kita tentang nilai-nilai seperti kemurahan hati, kebaikan, dan saling berkongsi sesama manusia.

Dengan mempraktikkan nilainilai baik ini, hati seseorang akan menjadi lebih bersih dan penuh dengan kasih sayang.

Baca lain  Hujan dan banjir

Keempat, Ramadan adalah waktu yang baik untuk meninggalkan kebiasaan buruk dan mengumpul dosa.

Dengan meninggalkan sikap negatif dan menghindari dosa, hati seseorang akan menjadi lebih suci dan bersih di mata Allah.

Ramadan waktu yang baik untuk merefleksi dan melakukan introspeksi diri.

Dengan merenung kesalahan masa lalu, seseorang akan dapat memperbaiki diri dan membersihkan hati daripada kebencian, dendam, dan sifat-sifat negatif lainnya.

Daripada Anas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Janganlah kamu iri hati terhadap orang lain, dan janganlah kamu saling bermusuhan, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan hendaklah kamu tetap bersaudara sebagaimana seharusnya.

Seorang Muslim terhadap Muslim yang lain adalah seperti bangunan yang saling menguatkan satu sama lain.” (Hadis Riwayat Muslim).

Permulaan, pertengahan, penghujung Ramadan Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullaah SAW bersabda: “Permulaan bulan Ramadan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan daripada api neraka”. Ini boleh dikejar sepanjang Ramadan ini.

Sesuai dengan keindahan dan keberkatan Ramadan, ia bulan yang menjanjikan begitu banyak pahala.

Bulan untuk memperoleh keampunan Allah SWT, dengan harapan di akhirat kelak, kita terlepas daripada seksaan api neraka.

Pun demikian, ia memerlukan kekuatan, ketelusan dan kesucian hati.

Sekuat mana pun tubuh badan kita ini, jika hati tidak kuat, jika hati sudah rosak, akan sukar juga untuk berusaha ke arah kebaikan.

Baca lain  Langkah sumbang

Hati akan menguasai fikiran. Usaha berhenti merokok misalnya.

Ramai yang setuju Ramadan adalah bulan yang sesuai untuk berhenti merokok.

Ada yang berjaya berhenti terus daripada merokok selepas berusaha sepanjang Ramadan.

Pun demikian, ada juga yang gagal berhenti merokok walaupun terbukti sudah mampu menahan diri daripada merokok bermula selepas sahur hingga berbuka puasa.

Di fikiran memang sudah ada niat untuk berhenti merokok, tetapi diganggu kata-kata hati: Teruskan merokok, jangan berhenti.

Apa-apa pun, dengan menjaga hati, emosi kita akan kekal sihat, fizikal kita akan lebih sihat, kita akan dapat membina hubungan yang sihat dengan orang lain, lebih tahan terhadap stres, lebih produktif dan kreatif, kualiti hidup juga akan lebih baik, selain akan mempengaruhi orang di sekitar kita.

Nabi Muhammad SAW sangat menekankan pentingnya menjaga hati agar seluruh aspek kehidupan kita menjadi lebih baik.

Ini mencakupi menjauhi sifat-sifat negatif seperti iri hati, bermusuhan.

Allah juga lebih melihat keadaan hati dan amal perbuatan kita daripada penampilan fizikal atau harta benda yang kita milik.

Jadi, rebut peluang dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan ini bagi membersihkan hati.

Sucikan hati agar lebih mudah untuk beribadah kepada Allah SWT. Rugi bagi yang tidak merebut peluang untuk berubah dalam bulan ini.

Semoga sepanjang Ramadan ini, kita akan memperoleh kerahmatan, keampuan dan terlepas daripada api neraka. Selamat berpuasa.

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,