KUCHING: Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang individu yang mengaku bekerja sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk mengisi borang permohonan serta membuat kelulusan melalui aplikasi enterSarawak.
JPBN dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah melantik sebarang ejen untuk membantu bagi permohonan kemasukan ke Sarawak melalui aplikasi enterSarawak.
“Mereka yang membuat pengakuan sebagai salah seorang ahli JPBN untuk mengisi borang permohonan serta membuat kelulusan melalui aplikasi enterSarawak akan diambil tindakan tegas,” katanya .
Terdahulu, tular di media sosial mengenai bayaran RM100 hingga RM130 seorang kepada ‘ejen’ untuk mempercepatkan permohonan memasuki Sarawak bagi rakyat Sarawak yang berada di perantauan.