ARTIKEL

HAUS KCH anjur Minggu Seni Kita, fokus perkasa golongan wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: HAUS KCH bakal menganjurkan Minggu Seni Kita 2023 pada 18 dan 19 Mac ini di City Square di sini.

Menariknya ia bakal menyaksikan penganjuran empat festival seni secara serentak yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Pelbagai pengisian program telah disusun atur bagi memaksimumkan penggunaan empat tingkat bangunan HAUS KCH dengan acara yang telah ditetapkan.

Pengarah HAUS KCH, Sonia Luhong dalam kenyataannya berkata, Minggu Seni Kita akan fokus kepada usaha pemerkasaan golongan wanita khususnya dalam bidang seni dan keusahawanan.

“Ia akan turut melibatkan penggiat seni, cef, fasilitator bengkel dan penceramah, malah terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk program dua hari itu,” katanya.

Acara pembukaan program itu akan dimulakan dengan sesi dialog awam yang bertajuk, Akses Internet Yang Bermakna pada jam 9 pagi.
 
Selain itu, turut dianjurkan ceramah yang bermanfaat dan perbincangan panel mengenai industri kreatif sepanjang dengan organisasi jemputan terkemuka seperti Lean di Sarawak, Catama Borneo, dan Hin Bus Depot (Pulau Pinang).

Lebih 20 vendor Pasar Seni Kita juga akan mempamerkan karya terbaik mereka untuk dijual.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu