ARTIKEL

Hawana 2023: Gerai pameran media Sarawak jadi tumpuan pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Gerai pameran media Sarawak menjadi antara tumpuan pengunjung dalam Mini Karnival Hawana 2023, yang julung kali diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang berlangsung di sini, bermula hari ini hingga Isnin ini.

Melalui acara yang menghimpunkan seluruh agensi media di Malaysia itu, ia menjadi platform untuk seramai 13 wakil pengamal media Sarawak yang menyertai acara itu memperkenalkan agensi media Sarawak.

Orang ramai mengunjungi gerai pameran media Sarawak yang dibuka dalam Mini Karnival Hawana 2023 sempena Hawana 2023 di Ipoh, hari ini.

Penyertaan delegasi pengamal media Sarawak dalam acara itu dikendalikan oleh Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).

Selain diberi peluang membuka gerai pameran, wakil-wakil media Sarawak turut dibawa menghadiri Majlis Santapan Malam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar iaitu acara khusus bagi meraikan pengamal media yang dijadualkan berlangsung bermula jam 7.45 petang ini.

Orang ramai mengunjungi gerai pameran media Sarawak yang dibuka dalam Mini Karnival Hawana 2023 sempena Hawana 2023 di Ipoh, hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijadualkan berangkat ke majlis santapan itu.

Majlis akan turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Semalam, tiga individu yang juga pengamal media turut diperkenankan oleh Sultan Nazrin untuk diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam’ bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional pada 29 Mei ini.

Selain Mini Karnival Hawana yang diadakan bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang hari ini serta esok, pelbagai pengisian lain turut dijadualkan berlangsung membabitkan penyertaan pengamal media dari seluruh negara yang menghadiri sambutan Hawana 2023.

Antaranya Hawana 2023 Summit yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu