ARTIKEL

HAWANA melabuh tirai hari ini, menanti amanat Perdana Menteri petang nanti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang bermula sejak Sabtu lepas akan melabuhkan tirainya petang ini dengan acara kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berlangsung di sebuah hotel di sini, acara penuh gilang-gemilang itu akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

Pada acara kemuncak kira-kira 3 petang ini, tumpuan pastinya kepada amanat Perdana Menteri selain beliau akan turut menyampaikan Anugerah HAWANA 2024 dan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada penerima memerlukan.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai kelapangan ‘juh rami-rami ngagak’ (jom ramai-ramai datang) ke Pameran HAWANA 2024 yang berlangsung tiga hari sejak Sabtu di Plaza Merdeka di sini.

Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, HAWANA 2024 yang pertama kali dianjurkan di Sarawak dimulakan dengan Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak.

Selain itu, turut diadakan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 dan ‘Juh Raon’ yang bermaksud ‘jom bersiar-siar’ dalam dialek tempatan, yang membawa peserta menerokai tempat menarik sekitar bandar raya Kuching.

Semalam, peserta HAWANA 2024 diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana. — BERNAMA

BERITA LAIN

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan