ARTIKEL

Hayati makna Niti Daun Gawai 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Acara Niti Daun 2023 melambangkan makna sebenar frasa iban ‘Segulai Sejalai’ susulan perarakan yang diadakan disertai pelbagai etnik terdapat di Sarawak.

Demikian kata Ketua Penyelaras Niti Daun 2023 Datuk Stephen Mundaw sambil menambah, ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat perpaduan antara kaum di negeri ini.

“Perarakan ini dapat menjadi platfrom untuk kita memberi ruang kepada rakyat Sarawak bekerjsama dan berinteraksi antara satu sama yang lain.

“Secara tidak langsung ia membawa makna sebenar “Segulai Sejalai” susulan perarakan ini bukan hanya melibatkan masyarakat Dayak, namun juga melibatkan penyertaan kaum-kaum lain.

Inilah maksud sebenar Segulai Sejalai,” katanya. Bekas Panglima Medan Timur Tentera Darat terbabit menjawab soalan daripada pemberita ketika ditemui di Tebingan Kuching semasa Acara Niti Daun 2023 yang diketuai oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Stephen berkata acara ini turut menampilkan beberapa kumpulan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk tokoh pejuang Sarawak yang dikenali sebagai Bujang Berani.

Baca lain  Jual anak untuk aktiviti seks, bapa dan rakan tidak mengaku salah

“Seramai 16 Bujang Berani turut menyertai perarakan selain veteran-veteran Ranjer serta kumpulan veteran ATM bagi mendedahkan kepada umum antara tokoh-tokoh pejuang kita terdahulu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap agar acara ini nanti akan diadakan dengan lebih meriah pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai etnik di Sarawak.

BERITA LAIN

UPM Bintulu terima Anugerah Keterlihatan Media

BINTULU: Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Keterlihatan Media UPM 2023. Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd

Kongsi kemeriahan perayaan perkukuh perpaduan

BINTULU: Penganjuran Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Surau Darus Syakirin Kampung Assyakirin Fasa 1, merupakan peluang untuk berkongsi keceriaan dan kemeriahan perayaan dalam kalangan pengurusan

BERITA TERBARU

Kesan alam mula sakit

MINGGU lepas, berpuluh-puluh ribu penumpang terkandas di lapangan terbang utama disebabkan banyak penerbangan domestik dibatalkan, terutama penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak dan Sabah. Begitu

Cipta rekod tanam pokok sejuta sehari

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi

Portal AI bantu lawan scam, tangkis berita fitnah

PUTRAJAYA: Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam,