HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Hazland Hipni ungguli Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Bumiputera PBB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari bersama-sama pemimpin PBB yang lain merakamkan gambar dengan para perwakilan Perhimpunan Agung PBB Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

KUCHING: Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) PBB Sayap Bumiputera untuk sesi 2022 hingga 2025

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan oleh Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung Ke-15 PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Hazland memperoleh 867 undi terkumpul mengatasi pencabarnya, yang juga Adun Saribas, Mohamad Razi Sitam, yang hanya memperoleh 860 undi.

Ini sekali gus menjadikan Razi memperoleh undi kedua tertinggi dalam pertandingan MT PBB Sayap Bumiputera.

Sementara, Adun Semop Abdullah Saidol meraih undi ketiga tertinggi dengan 836 undian.

Difahamkan seramai 16 calon yang bertanding untuk menduduki senarai berkenaan.

Ia juga ditandingi oleh Adun Sadong Jaya Aidel Lariwoo dengan memperoleh 830 undi; Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman (824); Adun Daro Shafiee Ahmad (824); Adun Beting Maro Razaili Gapor (806); Adun Simunjan Awla Dris (798); Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab (789).

Turut tersenarai adalah Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya dengan meraih 784 undi; Adun Kalaka Mohamad Duri (779); Awgku Jinal Abedin Dato Pgn Jawa (766); Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bintulu (BDA) Datuk Haidar Khan Asghar Khan (755); Mohammed Kamaluddin Mohamad Efendie (687); Mohamad Sardon Zainal (615) dan Syed Hamzah Wan Hamid Edruce (529).

Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 PBB berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bermula Jumaat lalu akan melabuhkan tirai hari ini.

Yang Dipertua PBB merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan menyampaikan ucapan penggulungan serta penangguhan perhimpunan hari ini.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru