ARTIKEL

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun

HDC anjur forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan menganjurkan Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 (HELF) untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.

Bertemakan ‘Melayari Peluang Masa Depan, Merangkul Inovasi’, forum sulung ini akan diadakan bersempena dengan Forum Sektor Swasta Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2024 di Riyadh pada 30 April ini.

Forum ini juga dianjurkan secara bersama dengan IsDB serta Syarikat Pembangunan Produk Halal (HPDC) Arab Saudi untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan industri halal di Malaysia dan Arab Saudi, serta di seluruh negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“HELF 2024 di Riyadh menandakan usaha sulung Malaysia dalam mengejar kelebihan ekonomi kolektif untuk ummah pada tahun-tahun sebelum acara HELF tahunan.

“Inisiatif ini bertujuan memupuk manfaat bersama dalam kalangan negara anggota IsDB, negara bukan anggota dan negara pemerhati,” kata Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun kepada media di sini semalam. 

Sebagai platform dasar pelbagai hala, HELF 2024 akan menyediakan instrumen ekonomi serta perdagangan yang diperlukan bagi membangunkan, membolehkan dan menyepadukan ekosistem halal antara negara anggota IsDB dalam kalangan Negara Bukan Anggota dan Negara Pemerhati (OC).

Katanya lagi, satu dana pengupayaan ekosistem dana akan disediakan bagi melaksanakan keperluan ini.

Beliau juga berkata terdapat isu dalam ekosistem halal mengenai penggunaan teknologi serta pendigitalan dalam proses tadbir urus yang memerlukan perhatian sepanjang rantaian bekalan, dan HDC sedang menuju ke arah itu.

Ketika ditanya sama ada HELF akan menjadi acara tahunan untuk HDC bergerak ke hadapan, beliau berkata ia bergantung kepada keputusan yang dikumpul dan sambutan yang diterima oleh rakan kongsi sepanjang acara tahun ini.

“Jika kita mendapat keputusan yang diinginkan, Insya-Allah saya yakin rakan kongsi kita akan teruja untuk meneruskan dan mengadakan acara ini tetapi ia akan bergantung kepada keputusan acara di Riyadh pada 30 April ini.

Sementara itu, Ketua Pusat Kecemerlangan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Kuala Lumpur, Samer Elesawi berkata acara itu akan menghimpunkan semua negara anggota untuk menyokong satu sama lain pada peringkat berbeza dalam ekosistem halal.

“Saya berharap kerjasama ini akan menjadi permulaan bagaimana kita boleh menyokong negara anggota kita untuk membangunkan lagi selain mempertingkatkan ekosistem halal,” katanya.

Forum kepimpinan selama dua jam di InterContinental Riyadh itu akan menyaksikan ucapan daripada menteri dan pemimpin organisasi, perbincangan panel, dan pengumuman tentang program pembinaan ekosistem halal antara IsDB, HDC dan HPDC. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)