ARTIKEL

HDC nafi cari pemain bola sepak, beri peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berhubung tawaran mencari pemain bola sepak dan menjanjikan peluang pekerjaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, HDC berkata pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan melalui aplikasi WhatsApp.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu bagi mengelak kekeliruan.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi HDC,” katanya.

Untuk rekod, kenyataan yang ditularkan itu menyatakan bahawa HDC sedang mencari pemain muda untuk pasukan bola sepak dan jika terpilih mereka akan diberikan pekerjaan di organisasi itu.

Syarat kelayakan yang dinyatakan juga adalah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tarikh pemilihan dikatakan hari ini betempat di Padang Perumahan Kampung Tunku pada jam 4.30 petang.

Kanyataan palsu itu juga turut menyeru golongan muda supaya merebut peluang berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan di bawah agensi naungan Kerajaan Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU