ARTIKEL

Hebatnya anak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAHUN ini nampaknya menjadi tahun bertuah Bumi Kenyalang apabila tiga pertandingan berprestij negara menerusi industri hiburan diungguli oleh anak Sarawak. 

Ini membuktikan anak Sarawak memiliki bakat besar dan terus unggul dalam industri seni tanah air. 

Bermula dengan Dewi Remaja 2023 menyaksikan Nur Elyana Baharin atau lebih dikenali sebagai Nurel Baharin berjaya mengalahkan ratusan peserta lain yang datang ke sesi uji bakat.

Biarpun baru berusia 21 tahun ketika itu, Nurel berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi anak Sarawak pertama merangkul juara tersebut sejak rancangan realiti itu diperkenalkan pada 1985. 

Rahsia utama bagi kejayaan Nurel ialah memiliki disiplin tinggi, mudah bekerjasama dan sentiasa merendah diri.

Nurel sentiasa berpegang kepada katakata motivasi bahawa impian boleh menjadi kenyataan dengan usaha dan semangat yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Biarpun pernah putus asa kerana semua tugasan bukannya mudah, banyak rintangan dan cabaran, namun Nurel kuatkan semangat untuk menamatkan tugasan dengan jayanya kerana tidak mahu menghampakan keluarga dan penyokong di Bumi Kenyalang.

Selain itu, Nurel menasihati anak muda agar terus belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin kerana tiada jalan mudah untuk berjaya. 

Seterusnya, Bintang RTM 2024 turut menyaksikan seorang lagi anak Sarawak menempa nama. 

Memulakan sesi uji bakat sejak 2023, Roxy Izzy yang menampilkan lantunan vokal dan persembahan hebat berjaya bergelar juara menewaskan 15 finalis lain.

Berkat keunikan suara yang lunak dan merdu ketika mendendangkan lagu A Woman’s Worth (Alicia Keys) melayakkan Roxy Ixzy diumumkan Juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan itu di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri pada 25 Februari lalu.

Kemenangan Roxy, anak berdarah campuran MelanauBidayuh mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan biarpun tidak memiliki pendidikan formal dalam bidang nyanyian. 

Dengan kejayaan itu, gadis berumur 26 tahun ini membawa pulang wang tunai RM78,000 — simbolik ulang tahun ke-78 RTM tahun ini selain sebuah Proton Iriz.

Berkat kerja keras, berniat ikhlas dan lakukan yang terbaik setiap kali persembahan, Roxy berjaya mendapat pujian dan menjadi pilihan juri dengan kekuatan vokalnya. 

Sementara itu, kemenangan Amir Jahari dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 baru-baru ini melengkapkan hatrik buat Sarawak.

Lagu Hasrat ciptaan penuh Amir berjaya mengalahkan komposer lain yang sudah beberapa kali menang anugerah berprestij itu.

Atas kejayaan tersebut, penyanyi berusia 31 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.

Kemenangannya menjadi sohor kini dan bualan di media sosial. Rata-rata berpuas hati kerana komposisi lagu tersebut memaparkan muzik cukup indah diserikan dengan lirik yang sangat memberi makna.

Bagaimanapun, di sebalik manisnya kejayaan dikecapinya, Amir pernah melalui fasa yang sukar apabila jatuh tersungkur dilanda keperitan hidup yang tidak semua orang sanggup laluinya. 

Setelah mengundurkan diri daripada dunia muzik pada 2020, dia pernah ditimpa kesusahan sehingga dia dan keluarga terpaksa makan nasi dengan kicap selama sebulan, tiada wang untuk membeli lampin anak dan rumah yang disewanya pula sudah 13 bulan tidak dibayar kerana tiada pekerjaan ketika itu. 

Menurut Amir atau nama sebenar, Mohamad Amirullah Jahari, 31, dia mengalami kemurungan yang teruk.

Bagaimanapun, dia sentiasa terbayangkan wajah keluarga tersayang dan pengorbanan besar mereka. 

Justeru, Amir berkata, sekiranya bapanya masih hidup, dialah yang paling gembira apabila Amir dinobatkan sebagai juara AJL38.

Di samping itu, memetik beberapa hantaran di Facebook dan X, rata-rata warganet meluahkan rasa bangga dengan kejayaan ketiga-tiga bakat anak Sarawak ini. 

“Sarawak Power. Next!” “Tuah anak sarawak 2024. Anak jati Sarawak taringnya keluar.

Dewi Remaja 2023 gadis kelahiran Sarawak, Bintang RTM 2024 asal Sarawak & AJL 38-Penyanyi Sarawak.

Saya sangat bangga. Anda semua layak.”

“Selepas Nurelyana Baharin menjuarai Dewi Remaja dan Roxy Ixzy Juara Bintang RTM malam ini seorang lagi anak Sarawak, Amir Jahari muncul Juara AJL 38.”

Nampaknya masyarakat di Bumi Kenyalang sangat bangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Nurel Baharin, Roxy Izzy dan Amir Jahari. 

Tahniah dan terus maju buat ketiga-tiga anak jati Sarawak ini.

BERITA LAIN

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

SOLEKAN jadi kandungan media sosial

MEMPUNYAI bakat dalam solekan pasti menjadi idaman buat wanita, jadi ada yang sanggup belajar melakukan pelbagai jenis solekan. Malah, ada yang menjadikan teknik solekan sebagai

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU