MARUDI: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter BO-105, nombor pendaftaran 9M-LLF terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, hari ini.
Dalam kenyataan, CAAM menerima pemberitahuan mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

Helikopter tersebut mengendalikan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dengan lima orang di dalamnya termasuk juruterbang.
Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, akan menyiasat kejadian itu mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.






