HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Henti sementara khidmat bot ekspres

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit dengan persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membuat keputusan untuk menghentikan sementara perkhidmatan bot ekspres keluar dan dalam Bahagian Kapit mulai 30 Mei ini sehingga diberitahu kelak.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Khim Shin dalam satu kenyataan berkata, maklumat terperinci mengenai laluan bot ekspres yang digantung operasi sementara waktu ialah dari Kapit-Putai-Kapit, Sibu-Kapit-Putai-Kapit-Sibu dan Kapit-Belaga-Kapit. “Keputusan yang di buat tepat pada masanya untuk membendung penyebaran Covid-19 di Bahagian Kapit terutamanya ketika perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun.

Dengan keputusan ini, Kementerian Pengangkutan melalui Lembaga Sungai Sarawak (LSS) mengeluarkan notis kepada semua pemilik dan pengendali bot ekspres yang terlibat.

“Ini untuk memaklumkan mengenai penangguhan sementara perkhidmatan bot ekspres ke laluan tersebut mulai 30 Mei sehingga diberitahu kelak,” katanya yang juga Adun Senadin.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru