Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Hentikan berpolitik sepanjang masa, beri tumpuan membantu rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Potongan gaji ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Menteri, Adun Setiausaha Politik Ketua Menteri dan penjawat awam untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Sarawak tidak seharusnya dijadikan isu politik oleh pembangkang negeri ini.

Timbalan Pengerusi Dun Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata pembangkang tidak perlu bersikap iri hati dan menjadikan ia sebagai satu isu untuk mendapatkan perhatian ramai.

Kata Ibrahim, tindakan pembangkang yang mengkritik pemotong gaji tersebut ibarat mencemuh diri sendiri sebaliknya ,mereka perlu tampil bersama membantu rakyat.

Jelas beliau, mereka seharusnya mengikuti teladan dari Ahli Parlimen Pembangkang seperti Hannah Yeoh dan ahli politk DAP Pulau Pinang yang menggunakan elaun untuk membantu rakyat di konstituensi masing-masing.

“Tidak perlu bersikap iri hati sebaliknya semua orang seharusnya bersatu sebagai rakyat Sarawak.

“Apa yang lebih penting adalah untuk bantu rakyat Sarawak dalam masa kritikal ini untuk memerangi Covid-19,” ujar Ibrahim kepada pemberita pada majlis penyerahan bakul makanan kepada komuniti Cina di Pusat Khidmat Dun Satok, di sini hari ini.

Baca lain  "Pulanglah dik, kami doa adik selamat" - Netizen

Tambahnya, Pusat Khidmat Dun Satok juga menyampaikan bantuan bakul makanan kepada rakyat tanpa mengira mereka penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

“Kita memberi bantuan kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan agama, kita memberi bantuan bukan sahaja kepada kaum Melayu, Iban di Kampung Kudei malah kepada sejumlah besar kaum Cina di sini,” katanya.

Malah kata Ibrahim, pihaknya turut membantu menyumbangkan bakul makanan orang ramai dari Bahagian lain yang menyewa di sini.

“Ini bukan masa untuk kita berpecah belah, begitu juga dalam politik, tidak perlu untuk bermain politik pada masa ini,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru