ARTIKEL

Hentikan serangan ke atas penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu menggesa serangan kejam Israel terhadap penduduk Palestin dihentikan segera.

Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat menteri luar, blok itu menggesa kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik.

Kumpulan itu mengulangi sokongannya untuk “hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan, terutamanya hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan kepulangan pelarian Palestin, hak untuk kemerdekaan serta penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat mengikut sempadan 4 Jun 1967 dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negaranya”, lapor Agensi Anadolu.

OIC juga mengesahkan semula sokongannya terhadap “hak Palestin untuk mempertahankan diri dalam menghadapi serangan Israel yang menyasarkan nyawa, kesucian dan harta benda mereka”.

Organisasi yang berpusat di Jeddah itu menolak perbuatan orang awam dijadikan sebagai sasaran serangan atau mengusir penduduk dari rumah mereka atau kelaparan dan menghalang mereka daripada akses bantuan kemanusiaan yang selamat dengan melanggar semua norma dan undangundang antarabangsa dan nilai serta prinsip kemanusiaan.

OIC menggesa penyediaan segera bantuan kemanusiaan, perubatan, bantuan dan air serta elektrik ke Semenanjung Gaza.

Sementara itu, OIC menyifatkan serangan udara Israel ke atas sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang mengorbankan hampir 500 orang sebagai jenayah perang, pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, etika serta instrumen antarabangsa dan kemanusiaan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib