ARTIKEL

Hias bilik tidur kecil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REKA bentuk dan susun atur bilik tidur bersaiz kecil boleh menjadi sangat rumit apabila melibatkan penyimpanan barang.

Terdapat beberapa idea cara menyimpan barang keperluan, termasuk pakaian, kasut serta barang kemas di bilik tidur.

Bilik tidur bersaiz kecil boleh menyimpan lebih banyak barangan sekiranya bijak dalam pemilihan perabot dan perhiasan.

ALMARI PELBAGAI FUNGSI

Almari yang memiliki perabot lain di dalamnya sesuai untuk menjimatkan ruang bilik. Letakkan unit almari pakaian anda berdekatan katil.

Sisi almari pakaian yang paling hampir dengan katil menyediakan ruang simpanan menegak yang boleh dijadikan penyangkut barangan atau meletakkan lampu di sisi almari tersebut.

Untuk penggunaan ruang sempit yang paling berkesan, perabot yang dipilih harus bersaiz kecil.

Pertimbangkan perabot yang boleh dipakai dengan dua tujuan seperti meja yang juga berfungsi sebagai meja sisi katil.

Pilih bangku yang boleh disimpan di bawah meja supaya ruang lebih luas apabila tidak digunakan.

SENTIASA BERSIHKAN LANTAI BILIK

Sediakan kotak simpan barang serba guna yang dapat disusun untuk storan bagi memastikan lantai bersih dan menjadikan bilik kelihatan lebih besar.

Susunan kotak tersebut secara bertingkat untuk mendapatkan lebih banyak ruang.

Tambahkan storan di bawah katil seperti bakul yang boleh diakses dengan mudah.

FUNGSI LACI

Laci tertutup berfungsi sebagai menyimpan barangan apabila ruang penyimpanan terhad.

Untuk memastikan barangan tersusun, mulakan dengan sistem penyusunan yang mengasingkan item mengikut jenis Sediakan tempat kecil sebagai pembahagi laci untuk meletakkan barang solek serta aksesori seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

PERABOT SESUAI

Gunakan rak terapung yang dibuat sendiri di bahagian dinding untuk penyimpanan atau perhiasan.

Rak terapung menyediakan tempat untuk meletakkan pelbagai objek seperti koleksi buku, cawan, hiasan bunga dan lain-lain.

GUNAKAN DINDING BILIK SEPENUHNYA

Cangkuk dinding dan rak sesuai digunakan untuk bilik tidur kecil.

Letakkan rak di sebelah meja solek untuk mendapatkan permukaan tambahan dan penyimpanan barang kemas atau alat solek.

Satu set cangkuk dinding yang dipasang di dinding adalah bagi memastikan pakaian atau beg mudah dicapai.

GUNAKAN RUANG SEMPIT

Ruang sempit dan janggal di antara kawasan di bilik tidur boleh digunakan untuk penyimpanan barangan.

Manfaatkan setiap ruangan sebagai storan atau hiasan agar bilik kelihatan kemas.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim