CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Hias meja konsol

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan hiasan tambahan sesuai dan kelihatan selesa.

Malah, penting untuk mempertimbangkan saiz meja anda ketika memilih barangan dekoratif.

Jika meja anda kecil, pilih barangan lebih kecil agar tidak memenuhi ruang.

Jika meja anda besar, anda boleh memilih barangan hiasan besar atau lebih banyak keperluan atas meja tersebut.

WARNA

Pertimbangkan tema warna rumah anda ketika memilih barangan dekoratif untuk meja konsol anda.

Anda boleh memilih item bersesuain melengkapkan skema warna sedia ada atau menambah warna pilihan.

AKSESORI

Pastikan meja anda dapat mencipta ruang selesa untuk fungsi meja tersebut.

Tambah unsur visual atau dekorasi mengikut minat anda.

Pertimbangkan hiasan seperti bakul anyaman, pasu seramik atau hiasan gambar digemari.

AKSESORI TAMBAHAN

Barangan dekoratif dapat mencipta paparan dinamik dan menarik di ruangan meja anda.

Contohnya, anda boleh meletakkan satu tompokan buku atas dulang atau menambah bekas kecil sebagai hiasan tambahan.

FUNGSI

Pertimbangkan fungsi meja anda ketika memilih barangan dekoratif.

Baca lain  Tradisi sepak takraw ejen perpaduan belia Moyan Ulu, Asajaya

Jika anda menggunakan meja sebagai tempat menulis, lampu kecil dan rak mungkin menjadi aksesori wajib.

DEKORASI MUSIM

Anda mungkin berminat menghias ruangan meja mengikut perubahan musim.

Sebagai contoh, anda boleh menjadikan mangkuk corak bunga pada musim luruh atau musim bunga sebagai hiasan.

Perlu diingat, paling penting memilih perhiasan mengikut minat dan mencerminkan gaya peribadi anda.

Cuba lakukan kombinasi hiasan sehingga anda menemukan penampilan sempurna untuk ruangan meja.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Idea hiasan MEJA MAKAN

PERTIMBANGKAN BENTUK MEJA Apabila memilih hiasan meja makan, langkah pertama

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru