SIBU: Padah berhibur ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 38 individu diserbu polis ketika sedang seronok berhibur di sebuah premis hiburan pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataan berkata, serbuan itu mendapati seramai 24 lelaki dan 14 wanita.
Seorang daripada mereka merupakan pemilik premis pusat yang beroperasi tanpa kebenaran.
Operasi serbuan diketuai oleh Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Sibu DSP Ariffin Bahar sekitar jam 1.15 pagi di premis terbabit yang terletak di Jalan Pahlawan.
“Ketika serbuan, semua individu termasuk pemiliknya sedang leka berhibur tanpa menyedari kehadiran pihak polis,” jelasnya. Ujar beliau, wanita yang merupakan pemilik premis dikompaun RM10,000, manakala 37 individu lain yang merupakan pelanggan, masing-masing dikenakan kompaun RM2,000.
Keseluruhannya, ia membabitkan kompaun berjumlah RM84,000.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Jun 2021