ARTIKEL

Hidroponik kaedah terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Belia harus melihat prospek pertanian sebagai sektor yang menguntungkan melalui suntikan teknologi moden walaupun tanah terhad.

Adun Layar Gerald Rentap Jabu berkata, alasan lapuk tiada tanah yang besar, tidak pandai, tiada bajet dan sebagainya tidak boleh diterima lagi pada hari ini.

“Singapura antara contoh terbaik… masyarakatnya aktif dalam sektor pertanian melalui kaedah hidroponik dan sebagainya.

“Masyarakat kita juga boleh melakukan perkara yang sama, bahkan menanam sayur di tepi kediaman pun sudah memadai,” kata-nya merasmikan Kursus Pembiakan Benih Buah-buahan dan Nanas anjuran Pejabat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bahagian Betong di sini, semalam.

Rentap berkata, ketika Kerajaan Sarawak memperhebat sektor pertanian melalui teknologi moden, masyarakat pula harus berubah.

“Saya mahu belia aktif kerana Bahagian Betong dipilih sebagai bakul makanan selain dibangunkan dengan projek Agropolitan Bukit Sadok yang dijangka menyediakan peluang besar,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga sering mengadakan pelbagai kursus dan latihan di samping menyediakan dana bantuan.

Peluang itu harus direbut kerana Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah diperuntukkan RM797 juta untuk pembangunan pertanian.

Di samping itu jelasnya, banyak projek dalam bajet itu termasuk Dana Mudah Cara Pertanian (AFF) selain akuakultur, pertanian moden, penternakan dan sebagainya.

Rentap mahu petani tidak hanya bergantung kepada tanaman jangka panjang, sebaliknya mengusahakan tanaman yang boleh mendatangkan pendapatan dengan cepat.

Beliau menyasarkan dalam tempoh dua tahun, masyarakat di kawasan Dun Layar dapat mengeluarkan produk yang dapat dijadikan sebagai produk ikonik.

Beliau berharap 47 peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan pendapatan serta dikongsi kepada anggota masyarakat lain.

Turut hadir Pegawai Penguasa Pejabat KBS Bahagian Betong Sain Kerani, Pegawai Penguasa Pejabat KBS Bahagian Sri Aman Awang Mazelan Awang Majid dan wakil Pegawai Daerah Betong Christina Peter.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU