ARTIKEL

Karikatur : Ukee

Hidup ini keras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA pagi Rabu, saya menempah tukang bersih rumah yang diperkenalkan oleh sahabat.

Seorang ibu tunggal berusia 34 tahun dan anak perempuan berusia 14 tahun.

Apabila sampai di rumah, saya tidak sampai hati menyuruh anaknya yang kecil molek mengangkat barang berat.

Saya suruhnya menyapu dan mengemop sahaja. Saya jadi serba salah melihat tubuh badannya kecil untuk kerja berat. Emaknya membantah.

Katanya, anaknya mesti menghabiskan tiga jam yang ditempah tuan rumah kerana ada tiga rumah lagi.

Maksudnya, kedua-duanya bekerja 12 jam sehari sehingga malam.

“Dia sudah biasa ikut saya sejak kecil, biarlah dia kerja,” kata ibunya. Saya tanya, tidak bersekolahkah anaknya.

Tidak — jawab ibunya ringkas. Oohh, saya sahut antara dengar dan tidak.

Saya sebenarnya cukup kasihan dengan anak-anak yang tidak bersekolah kerana kekangan keluarga.

Yalah, zaman ini agak keras kehidupannya mungkin pada fikiran sesetengah ibu bapa, sekolah itu tidak mendatangkan duit.

Berbanding anak yang sudah bekerja di pusat beli-belah, bekerja mengikut orang, jadi budak pejabat dan sebagainya. Tetapi tahukah, mereka berlaku tidak adil kepada anak-anak.

Anak-anak berhak mendapatkan pendidikan.

Mereka berhak belajar setinggi mana mereka mampu capai.

Tidak menyekolahkan mereka selepas sekolah rendah perbuatan yang kejam.

Baca lain  Tidak perlu panik, beri kerjasama

Ibu bapa pembentuk watak anak kerana kita menjadi tempat anak menghabiskan banyak masa.

Mainkan peranan seadil-adilnya dengan memberi pendidikan, kesihatan dan perlindungan.

Berbalik kepada anak ini, saya bertanya kepadanya, mengapa tidak mahu bersekolah?

Jawabnya, ibunya tiada duit.

Dia sudah terbiasa kerja sejak kecil jadi tiada dalam kotak fikirannya untuk melanjutkan pelajaran. Ibunya sambil tangannya mengemas buku memberitahu, sekolah tinggi mana pun jika tiada duit tak dapat juga.

Saya katakan, sekarang banyak bantuan kerajaan masuk universiti “Eh, nanti geng-geng orang besar yang dapat bantuan,” jawab ibunya. Saya mahu ketawa atau menangis mendengar jawapannya.

Mengapa setiap kali kerajaan mengumumkan bantuan, mesti ada netizen akan menjawab — tak payah kerana kroni orang besarbesar akan dapat projek bantuan, dapat projek bina itu ini.

Mengapa terlalu negatif?

Tidak bolehkah berpandangan adil bahawa kerajaan benar-benar membantu rakyatnya?

Ditambah dengan sikap netizen yang suka mengapi-apikan isu bantuan kerajaan, membangkitkan rasa amarah rakyat.

Seorang dua yang tercicir bantuan tidak semestinya pukul rata semua dianaktirikan.

Sikap suka mengutuk apaapa sahaja usaha kerajaan dan menyebarkan dengan niat tidak bagus sangat mengecewakan.

Dengan komen yang tidak masuk akal, dengan perkataan provokasi dan menambah kebencian terhadap kerajaan, sangat tidak bermoral.

Baca lain  Makan di kedai atau bungkus?

Sepatutnya sebagai warga yang memikul tanggungjawab terhadap negeri yang kita duduki, kita tidak seharusnya terlibat dalam sebarang provokasi yang tidak mendatangkan faedah.

Kita masih memerlukan kerajaan untuk hidup yang lebih selesa, harmoni dan sejahtera.

Berapa banyak kerajaan bantu rakyatnya, yang tidak diketahui kita semua.

Saya mengambil satu contoh, ada kes rakyat Sarawak terkandas di luar negara untuk empat tahun.

Bukan hidup mewah di luar negara, tetapi penuh derita, penuh seksa dengan dua anak yang masih kecil.

Bayangkan terkandas, tidak dapat meraikan hari raya bersama-sama keluarga selama empat tahun.

Hidup di tengah kota metropolitan, dengan tidak dapat keluar rumah kerana tiada pasport, anak masih kecil.

Lebih sedih, hidup empat tahun di dalam bilik kecil yang serba daif.

Melihat gambarnya sahaja, saya tidak dapat membayangkan bagaimana tiga anak-beranak menjalani 1,460 hari di situ.

Ibunya pula yang tinggal di Kuching, terpaksa menghantar RM150 setiap dua hari.

Tetapi Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, ibu muda dan dua anak ini dapat beraya di sini.

Kerana apa? Ya, kerajaan menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk membawa mereka kembali ke pangkuan keluarga.

Baca lain  Menghargai tokoh

Tidak perlu kerajaan menghebahkan berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk membawa ibu dan dua anak ini termasuk kes terkandas di luar negara sebelum ini kerana isu penipuan pekerjaan.

Kerajaan tidak sekejam yang disangka dan bantuan itu tiba, segala janji projek itu dilaksana, namun menunggu masa. Bukan umum hari ini, esok lalu menjadi. Tidak.

Rakyat harus bersabar sama seperti sabarnya orang Kuching dan Samarahan menunggu ART.

Dulu ramai yang menganggap ia cuma air liur kerajaan, takkan ada ART menelusuri jalan raya Sarawak.

Tetapi kini ia di depan mata, menunggu hari dilancarkan. Kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyatnya walaupun ada projek yang terbelangkalai, kita tidak menafikannya.

Berbalik kepada cerita remaja 14 tahun ini tadi, saya fikir jika keluarganya bersungguhsungguh mahu dia bersekolah walaupun ada kekangan ekonomi, pasti sekarang dia duduk belajar di tingkatan dua.

Saya mendoakan anak ini akan berjaya mencari cahaya di hujung terowong.

Benar, ada manusia yang berjaya tanpa pendidikan tetapi untuk berjaya dan terus bertahan, perlu ada pendidikan.

Semoga semua anak-anak kita berjaya dalam menempuh masa depan yang lebih mencabar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

Selamat pagi cikgu

ADA yang tertekan kerana tinggal bersama-sama pesakit mental, ada yang daif dan ada yang terpaksa bekerja, demi kelangsungan hidup. Pada suatu hari, salah seorang murid

Langkah ke bilik guru

ORANG kata: Kalau nak hidup senang, jadilah guru. Dan kalau mahu pendapatan yang baik diterima setiap hujung bulan, jadilah guru. Sebab itu, ramai ibu bapa

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier