ARTIKEL

Hidupkan segera eskalator jejantas menghubungkan Timberland

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Michael Kong Feng Nian
FOTO:FB

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) perlu mengambil langkah segera menghidupkan eskalator di jejantas yang menghubungkan Pusat Perubatan Timberland, di sini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP Kuching, Michael Kong Feng Nian berkata ia kerana kemudahan khususnya untuk pesakit itu harus sentiasa dalam keadaan berfungsi dengan baik.

“Jika memang eskalator itu tidak berfungsi lagi, maka ia harus diperbaiki dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen itu menegaskan JKR mahupun MBKS tidak harus memberi apa-apa alasan, dengan membiarkan eskalator itu tidak berfungsi.

Justeru, katanya tidak wajar untuk Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng cuba melepaskan tanggungjawab dalam isu berkenaan dengan menuding jari kepada JKR.

“MBKS dan JKR sepatutnya tidak saling menyalahi antara satu sama lain tetapi bersama-sama mengambil tindakan tegas,” katanya.

Dalam pada itu, Michael turut mempersoalkan kenapa eskalator itu dimatikan selama ini, sedangkan Wee mengatakan ia memang dalam keadaan berfungsi.

Menurutnya, disebabkan oleh ketidakoperasian eskalator itu, banyak bahagiannya telah kotor dan rosak.

Katanya keadaan itu menyebabkan JKR mahupun MBKS perlu membazirkan wang pembayar cukai untuk kerja-kerja pembaikan.

“Adalah tidak masuk akal bahawa MBKS cuba menggalakkan lebih ramai orang berjalan kaki dan menunggang basikal dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina lorong khas pejalan kaki dan berbasikal tetapi gagal memastikan eskalator yang memberi manfaat kepada pejalan kaki dan pengunjung hospital berada dalam keadaan berfungsi,” katanya.

 

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU