Trending

Hikmah di sebalik Covid-19

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

APABILA kita mengimbau kembali kenangan atau memori ketika pandemik Covid-19 yang melanda dunia beberapa tahun lalu, tentu ada aktiviti yang kita lakukan sepanjang tempoh tersebut.

Ada antara kita yang melakukan aktiviti menyulam, memasak resipi tular di media sosial dan tidak kurang juga yang belajar membuat kek.

Jumayati Abdullah, 25, mengakui dia belajar membuat kek sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan pada ketika itu.

“Saya memang mempunyai minat mendalam terhadap kek dan juga pencuci mulut yang lain.

“Jadi, saya mengambil peluang belajar membuat kek semasa PKP selama tiga bulan.

Saya melakukannya seorang diri tanpa bantuan orang lain,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jumayati mendedahkan dia hanya mempelajari membuat kek melalui resipi di Facebook dan beberapa buku resipi yang lain.

“Alhamdulillah kek yang saya hasilkan mendapat sambutan orang ramai dan pada 2021 memulakan perniagaan ini dengan lebih serius.

“Sehubungan itu, kakak saya merupakan inspirasi dalam perniagaan ini kerana dia banyak memberi kata semangat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru