ARTIKEL

Hilang kad pengenalan, wanita ditahan buat laporan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita ditahan kerana membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun untuk mengelak daripada membayar denda ganti kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek, 42, membuat laporan polis pada 6 Januari, kira-kira jam 12.45 tengah hari mendakwa disamun dua lelaki dengan menggunakan pisau.

Katanya, kejadian didakwa berlaku pada 5 Januari, jam 6.50 petang bertempat di Tebingan Kuching dan suspek mengatakan mengalami kerugian sebanyak RM2,000 dan kehilangan dokumen penting iaitu kad pengenalan, kad bank serta telefon bimbit.

“Siasatan lanjut mendapati wujud keraguan dalam laporan polis yang dibuat.

“Siasatan turut mendapati suspek mengakui membuat laporan palsu dirinya disamun dengan tujuan bagi mengelak daripada membayar denda untuk mendapatkan gantian kad pengenalan yang baru memandangkan ini adalah kali kedua suspek kehilangan kad pengenalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Ahsmon berkata, satu laporan polis dibuat ke atas perbuatan suspek yang membuat laporan polis palsu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau memberitahu, sepanjang tahun 2022, sebanyak 13 laporan palsu dibuat.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat laporan palsu sehingga memberikan gambaran negatif berlakunya kejadian jenayah di Daerah Kuching.

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

MBKS keluar 12 saman terhadap 12 premis hiburan

KUCHING: Dua belas premis hiburan di sekitar Kuching Selatan telah dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam Operasi Bersepadu Noda yang dijalankan bersama

BERITA TERBARU