PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Hilang ketika cari sayur, lelaki ditemui selamat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ahli keluarga memeluk mangsa setelah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

SIBURAN: Seorang lelaki ditemui selamat hari ini, setelah dilaporkan hilang ketika mencari sayur di kebun Tapah, Batu 25, Jalan Kuching-Serian pada Selasa lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Thian Nyok Hiong, 56, ditemui pada hari kedua pencarian kira-kira jam 9.40 pagi, satu kilometer dari jarak Pos Kawalan Bencana (PKB).

Katanya, 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

“Pencarian hari kedua bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan radius pencarian 2.5 kilometer dari lokasi mangsa hilang.

“Pencarian dibahagikan kepada tiga sektor A,B dan C dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kampung Simpok dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang ditemui kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pemeriksaan kesihatan.

Operasi pencarian mangsa ditamatkan pada jam 9.42 pagi.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima laporan berhubung kejadian dari Balai Polis Tapah kira-kira jam 6.05 petang.

Berdasarkan maklumat daripada kakak mangsa, mangsa keluar mencari sayur pada jam 4 petang, Selasa lalu.

SELAMAT…Mangsa ditemui satu kilometer dari Pos Kawalan Bencana (PKB).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Harga getah naik

KUCHING: Kerajaan bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP), Insentif Pengeluaran