Hilang pasport kapal tunda terbakar

MIRI: Tindakan pantas anak kapal berjaya menyelamatkan sebuah kapal tunda daripada musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kuala Baram di sini, pada Rabu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 7.32 malam.

“Bagaimanapun, tiada operasi pemadaman kerana api berjaya dipadam sebelum ketibaan pihak bomba menggunakan tiga unit alat pemadam api dan air paip.

“Tiba di lokasi, pasukan hanya mengesahkan kejadian sebenar dan mengambil maklumat berkenaan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat mangsa, kebakaran berpunca daripada kerja-kerja kimpalan.

“Susulan insiden itu, empat pekerja warganegara India dilaporkan kehilangan pasport kerana telah terbakar.

Suara Sarawak