Trending

Hina Khan umrah pada Ramadan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PELAKON India terkenal Hina Khan pertama kali menunaikan ibadah umrah di Makkah menjelang Ramadan pada bulan lalu.

Dia berkongsi pengalaman dan perjalanan umrah bersama-sama keluarganya menerusi Instagram miliknya.

“Saya sudah lama berhasrat menunaikan umrah pada Ramadan dan saya sangat gembira dapat berpuasa di Madinah Sharif,” katanya.

Pelakon jelita itu turut meluahkan kekesalan kerana ibadah umrahnya tidak selesai atas faktor tertentu terutama dengan keadaan ibu tidak mengizikankan untuk ulang-alik dari Madinah ke Makkah.

“Saya reda jika itu kehendak Tuhan dan berharap agar dapat mencapai impian saya itu pada masa akan datang,” ujarnya.

Walaupun berasa sedikit sedih, Hina berhasrat kembali menunaikan ibadah berkenaan pada Ramadan tahun hadapan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru