ARTIKEL

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh pemilik akaun Facebook Charles Roger Francis, hari ini.

Laporan pertama dibuat oleh Abdul Samat Gany di Balai Polis Satok, kira-kira 12.30 tengah hari.

Sementara, dua lagi laporan polis dibuat oleh Angeline Stephen Raja dan Collin Patan di Balai Polis Bintulu.

Kenyataan bertulis itu turut membabitkan dua menteri lain iaitu Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta parti SUPP Sarawak.

Akaun terbabit dilaporkan melemparkan kenyataan bertulis berbentuk tuduhan kesat dan biadap terhadap Abang Johari.

Laporan polis dibuat oleh Abdul Samat dan Angeline menunjukkan mereka meminta agar pihak polis menyiasat dan memanggil pemilik akaun untuk tindakan lanjut.

Pada masa yang sama, mereka menegaskan tindakan pemilik akaun terbabit perlu disiasat bawah kesalahan menyalah guna saluran multimedia dan telekomunikasi Malaysia bawah Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi Malaysia.

Sementara, dalam laporan Angeline, beliau meminta agar pihak polis membawa suspek ke muka pengadilan dan dituduh di mahkamah.

LAPOR… Abdul Samat Gany (empat dari kanan) membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Satok.
TEGAS… Angeline Stephen Raja (kanan) membuat laporan polis di Balai Polis Bintulu.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA