ARTIKEL

H&L lancar cawangan ke-15 di Metrocity

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pembukaan satu lagi pasar raya H&L di Metrocity menandakan pencapaian baharu bagi mereka susulan kejayaan membuka cawangan ke-15 kedai tersebut.

Pengarah H&L Bong Fook Kin berkata, ia merangkumi kawasan Kuching, Samarahan dan Serian.

Menurutnya lagi, pelbagai promosi ditawarkan kepada pelanggan bagi tempoh pembukaan selama satu minggu ini bermula semalam (26 Nov).

Bagi promosi pembukaan, pelbagai barangan ditawarkan pada harga khas untuk tempoh satu minggu ini melibatkan makanan kering, produk kebersihan dan sebagainya.

“Diikuti dengan promosi yang akan diadakan pada minggu mendatang dan seterusnya. Pelbagai promosi istimewa akan ditawarkan dan pelanggan boleh menjangkakan harga-harga yang menarik.

“H&L di sini (Metrocity) juga akan bersama-sama dengan cawangan lain untuk terus menawarkan promosi menarik dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan H&L ke-15 di Metrocity di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan bahawa promosi perayaan juga akan diadakan termasuk perayaan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Promosi ini dijangka dilaksanakan sepanjang bulan Disember. Bukan itu sahaja, ia akan diteruskan bagi promosi Tahun Baru Cina dan diikuti dengan Hari Raya serta lain-lain,” ringkasnya.

Sementara, para pelanggan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bermula 26 Nov sehingga 31 Dis dengan pembelian bernilai RM64 ke atas dalam satu resit.

Bong Fook Kin bersama-sama kakitangan H&L yang lain merasmikan pembukaan pasar raya H&L cawangan ke-15 di Metrocity.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU