H&L XTRA Petra Jaya penuhi permintaan pelanggan

KUCHING: Sebagai jenama pasar raya terkemuka menjual barangan dengan harga berpatutan, H&L Retail Sdn. Bhd (H&L) melebarkan sayapnya ke Petra Jaya dengan pembukaan cawangan baharunya semalam.
Cawangan baharu ini juga merupakan antara cawangan H&L yang terbesar dan dikenali dengan nama H&L Xtra.
Terletak di Eco Mall, Petra Jaya dan berkeluasan lebih dari 50,000 kaki persegi, H&L Xtra ini menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan.
Pengarah H&L Bong Fook Kin berkata, konsep H&L Xtra adalah berdasarkan konsep pasar raya yang pelbagai, lebih luas dari segi ruang dan pemilihan produk yang lebih banyak.
“Kita di H&L mahu pelanggan merasakan mereka disambut mesra dan selesa ketika berbelanja di sini.

“Itulah sebabnya kita perkenalkan H&L Xtra, dengan lebih banyak pilihan produk bermula daripada produk segar hingga peralatan elektrik.
“Pelanggan boleh memperoleh semuanya di bawah satu bumbung,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau menjelaskan perbezaan antara H&L Xtra dan H&L Supercenter adalah keadaan pasar raya H&L Xtra lebih banyak produk dan luas.
“Sudah lama kami merancang idea ini dan akhirnya ia terlaksana, dan terutama pelanggan yang tinggal di kawasan Petra Jaya ini akan menjadi satu permulaan baharu untuk H&L bergerak aktif,” jelasnya.
Pegawai Pemasaran H&L Lianny Bujang pula berkata, dengan penambahan H&L Xtra yang baharu, ia menyasarkan komuniti keluarga yang secara amnya memberi manfaat kepada masyarakat di Kuching.

“Slogan H&L adalah Jimat Wang, Hidup Lebih Baik dan kami amat menghayati slogan ini.
“Kita mahu warga Kuching dapat menjimatkan wang dan pada masa yang sama, mereka dapat membeli apa saja yang mereka mahukan di bawah satu bumbung,” ujarnya.
Tambah Lianny, dengan adanya keahlian kad ahli H&L, pelanggan dapat membayar barangan mereka dengan harga lebih rendah daripada harga barang di pasar raya lain, selain mengumpulkan mata kredit yang dapat ditebus dengan baucar H&L.
Untuk maklumat lanjut promosi dan perkembangan terkini, orang awam boleh melayari laman sesawang www.hlgroup.com.my atau layari www.facebook.com/ HnLsupermarket.