ARTIKEL

Hobi jadi perniagaan menguntungkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BELUM cuba belum tahu, itu merupakan ungkapan yang selalu bermain di minda buat ibu kepada satu anak ini ketika mula-mula belajar membuat kek.

Menurut Gwyneth Aurelya, 22, dia cuba belajar membuat kek pada 2019, menerusi Internet untuk menghasilkan kek hari jadi untuk anak buahnya. “Itulah kek pertama saya hasilkan hanya berpandukan resipi dari Internet.

“Sejak itu saya jadikan sebagai hobi sebelum mula berniaga pada penghujung tahun 2019 untuk mencuba sesuatu yang lain.

“Ketika itu terdetik hati saya untuk memudahkan penduduk kampung sekitar mendapatkan kek hari jadi memandangkan jarak dari kampung kami ke pekan agak jauh,” katanya yang tinggal di Sematan ketika ditanya detik awal perniagaan tersebut.

Gwyneth mengambil peluang menjadikan hobinya itu untuk menjana pendapatan selain memudahkan orang kampung mendapatkan kek untuk majlis mereka.

Tambahnya, keluarga dan suaminya banyak memberikan dorongan dan sokongan kepadanya untuk menjayakan perniagaannya secara kecil-kecilan tersebut.

Menurut Gwyneth, dia tidak pernah mengikuti mana-mana kursus secara fizikal tetapi mempelajari pelbagai ilmu berkaitan kek berpandukan Internet.

“Saya aplikasikan ‘try and error’ untuk hasilkan pelbagai resipi.

Apabila berjaya, saya akan olah mengikut kreativiti sendiri. Sebagai contoh kek keju coklat brownies,” katanya.

Setelah empat tahun dalam bidang perniagaan kek, Gwyneth tidak segan untuk berkongsi kemajuannya dan mendedahkan dia sudah menghasilkan lebih seribu koleksi kek tersebut.

Malah Gwyneth juga gembira dan berbangga kerana selain penduduk kampung, keknya juga mendapat permintaan daripada orang luar.

“Pernah pelancong tempatan yang berkunjung ke Sematan dan Lundu menempah kek daripada saya.

Saya juga selalu menghantar pesanan ke pusat pelancongan iaitu Roxy Sematan dan Retreat Resort,” katanya.

Ditanya cabaran yang dihadapi sepanjang berniaga, Gwyneth berkata harga barang semakin meningkat memaksanya menaikkan harga kek.

Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk mendapatkan pelanggan malah ramai memilih kek bajet atau yang lebih murah.

“Selain itu saya juga sering berdepan dengan masalah bekalan elektrik terputus ketika sedang membuat kek.

“Pernah juga kek jadi mendap dan tidak masak dengan sempurna kerana bekalan elektrik tiba-tiba terputus.

“Ada masa kek pula hangus dan saya terpaksa membuat adunan baharu,” katanya.

Namun begitu, Gwyneth tidak berputus asa dan sentiasa mengamalkan konsep kek yang segar.

“Kek yang baru dibuat mempunyai tekstur lembut berbanding kek yang sudah lama disimpan di peti sejuk.

“Oleh itu, kebanyakan pelanggan memilih untuk membeli kek daripada pembuat kek dari rumah berbanding di kedai kerana mahu kualiti dan rasa lebih sedap,” ujarnya.

Gwyneth turut memasang impian untuk membuka bakeri sendiri serta mengembangkan perniagaannya suatu hari kelak.

“Jika ada bakeri di kawasan kampung saya, mungkin lebih mudah untuk mereka mendapatkan kek tanpa membuat tempahan,” katanya ketika mengakhiri perbualan.

| Artikel ini ditulis oleh pelajar Program Komunikasi Strategik di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim