ARTIKEL

Foto: Kredit: FB Universiti Tenaga Nasional - UNITEN

Hoki: Pasukan MU tamatkan kemarau enam tahun, tewaskan CS Mustang HT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysian University (MU) menamatkan kemarau enam tahun untuk menjulang kejuaraan kedua Liga Hoki Malaysia (Wanita) menerusi kemenangan 2-1 ke atas CS Mustang HT pada aksi terakhir liga, semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Padang 2 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, menyaksikan skuad bimbingan Lailin Abu Hassan itu dikejutkan dengan gol padang lawan oleh Nur Irdina Asnida Mohd Yusmi pada minit kelapan.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila pemain kebangsaan, Nurmaizatul Hamin Syafi Shiek Fuad memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk mengikat kedudukan pada minit ke-12.

Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri muncul wira MU apabila menyumbat gol padang pada minit ke-23 untuk mengesahkan kejuaraan mereka, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini dan mengungguli liga dengan 23 mata.


Lailin mengakui mereka mengharungi perlawanan sukar hari ini dan anak buahnya dilihat leka sebaik perlawanan bermula sehingga membiarkan pasukan bimbingan Roshin Noordin membuka tirai jaringan terlebih dahulu.

“Kita sebenarnya cipta banyak peluang jaringan namun gagal menyempurnakannya. Saya harap kemenangan hari ini melonjak motivasi pasukan untuk mengejar kejuaraan treble dengan merangkul Piala Vivian May Soars selepas ini,” katanya kepada Bernama.

Baca lain  Liga Premier 2022: KC FC dan PDRM FC berkongsi mata

Kejayaan semalam menyaksikan mereka telah merangkul dua kejuaraan musim ini selepas menjulang Piala Sumbangsih menerusi kemenangan penentuan shoot-out 3-0 selepas terikat 2-2 dengan juara liga musim lepas, Negeri Sembilan.

MU yang sebelum ini menggunakan nama PKS Uniten-KPT meraih kejuaraan sulung liga pada musim 2018 manakala kekalahan keenam liga dialami CS Mustang HT itu pula menyaksikan mereka menutup kempen di kedudukan keenam dengan sembilan mata.

Terdahulu, Liaoning Women’s Hockey Team muncul naib juara dengan mengutip 21 mata selepas berpesta gol ke atas Mutiara Impian-MSSPP-PSHA, 8-1, dalam satu lagi aksi di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Wang Lihang mencuri tumpuan apabila meledak empat daripada lapan gol buat pasukan jemputan dari China itu dengan jaringan pada minit ketiga, ke-36’, ke-50’ dan ke-58’ manakala Nor Alya Adawiyah Mohd Suhaimi menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-27 untuk Mutiara Impian-MSSPP-PSHA yang mengakhiri saingan liga di kedudukan kesembilan selepas mengutip 6 mata.

Biarpun PDRM Blue Warriors menumpaskan QNET Phoenix di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 2-0 sekali gus berkongsi 21 mata dengan Liaoning, namun perbezaan jaringan besar dimiliki pasukan China (37) berbanding skuad polis itu (29) menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Baca lain  Liga Malaysia 2021: Budak Mukah sedia kibar cabaran Liga-M

Berikut keputusan lain perlawanan Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2024:

Kedah 1 MSP-PHP-SSNP 5

Kuala Lumpur City 0 Negeri Sembilan 3 — BERNAMA

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh