ARTIKEL

HomeBois juara MPL MY musim ke-12, isi slot ke Kejuaraan Dunia M5

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pasukan HomeBois mengisi slot tunggal Malaysia layak secara automatik ke Kejuaraan Mobile Legends Bang Bang Dunia M5 yang berlangsung di Filipina Disember nanti setelah mengalahkan SMG.


Perlawanan akhir Liga Professional MLBB, MPL Malaysia musim ke-12 itu menyaksikan HomeBois menang 4-3 yang berlangsung di Dewan Sri Putra di Bukit Jalil, malam tadi.


HomeBois membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$25,000 dan trofi kejuaraan MPL Malaysia.


Pun begitu, SMG masih berpeluang untuk melayakkan diri ke saingan M5, namun perlu melalui saingan M5 Wildcard yang menawarkan dua tiket terakhir November ini.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU