ARTIKEL

Honor Magic 5 Pro tampil kelainan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Honor Magic 5 Pro yang dilancarkan baru-baru ini menampilkan kelainan berbanding keluaran sebelum ini.

Menurut kenyataan Honor Malaysia, telefon pintar itu menyediakan skrin berkualiti menjadikannya berbeza dengan jenama lain.

“Honor Magic5 Pro menawarkan kecerahan HDR tinggi sebanyak 1800 yang sangat terbaik untuk digunakan di bawah cahaya matahari terik iaitu menerusi teknologi Novel Display Luminance Enhancement.

“Selain itu, Magic5 Pro memaparkan paparan yang jelas pada skrin sama ada sewaktu menonton filem, bermain permainan atau melayari Internet,” kata kenyataan itu.

Magic5 Pro pada kali ini turut mengutamakan penjagaan mata pengguna dengan teknologi pemalapan PWM 2160Hz di atas paparan LTPO yang pertama dalam industri bagi mengurangkan ketidakstabilan kecerahan dan kerlipan skrin, sekali gus mengurangkan keletihan mata dan memberikan tontonan selesa walaupun di suasana malap.

Di samping itu, Cipset Paparan Diskret Honor Magic5 Pro meningkatkan kualiti video dan menghapuskan pergerakan kabur untuk pengalaman visual lebih baik bagi menghasilkan kesan HDR luar biasa dan mengubah kadar bingkai video yang rendah menjadi tinggi dengan gabungan teknologi ‘Motion Estimate dan Motion Compensation’.

“Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang iaitu dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan.

“Honor juga berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan.

“Justeru, Honor mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan